Unit 5: Peta
Thursday, May 27, 2010
Peta

1. Peta ialah gambar atau lukisan yang menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan bumi.
2. Peta biasanya menunjukkan permukaan bumi sebagaimana yang dilihat dari udara.
3. Objek-objek di permukaan bumi diperhatikan, direkodkan, dan dicatatkan.
Simbol-simbol yang digunakan untuk melambangkan beberapa objek dalam peta.

4. Objek-objek ini disebut sebagai ciri geografi.
5. Ciri-ciri fizikal adalah ciri semula jadi seperti bukit, sungai dan hutan.
6. Ciri-ciri budaya adalah ciri-ciri buatan manusia seperti bangunan, tanaman, dan jalan raya.
7. Simbol-simbol digunakan untuk melambangkan objek-objek dalam peta yang dilukis.
8. Simbol-simbol dalam rajah yang berikut biasanya digunakan dn dicatatkan dalam petunjuk peta.

Simbol-simbol piawai yang digunakan dalam peta

9. Singkatan juga digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri geografi lain, contohnya singkatan 'Sek.' melambangkan sekolah.


Contoh singkatan yang digunakan dalam peta

Melukis Peta Lakar

1. Langkah-langkah melukis peta adalah seperti berikut.
(a) Pilih skala yang sesuai. Peta lakar biasanya tidak memerlukan skala.
(b) Pilih simbol-simbol yang sesuai untuk melambangkan ciri-ciri yang terdapat di kawasan yang hendak dilukis petanya.
(c) Sekiranya warna perlu digunakan, gunakan warna yang berikut.


Beberapa contoh warna tertentu yang digunakan dalam peta

(d) Pastikan ciri-ciri dalam peta mempunyai label yang tepat dan lengkap.
(e) Masukkan mata angin utara.
(f) Sediakan petunjuk peta juga.
(g) Berikan tajuk yang sesuai.




Melukis peta daripada peta lakar

2. Peta dilukis untuk menunjukkan tema tertentu seperti bentuk muka bumi, taburan hujan, dan taburan kepadatan penduduk. Peta jenis ini dikenal sebagai peta tematik.
3. Lorekan dan titik juga digunakan untuk melukis peta tematik seperti taburan hujan.
4. Anak panah digunakan untuk menunjukkan arah tiupan angin dan aras laut.
5. Peta yang lengkap mesti mempunyai ciri-ciri yang berikut:
(a) tajuk;
(b) arah mata angin utara;
(c) bingkai peta;
(d) garisan peta;
(e) skala;
(f) petunjuk dan simbol yang sesuai.

Mentafsirkan Peta

1. Langkah-langkah mentafsirkan peta adalah seperti yang berikut.
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Perhatikan petunjuk peta untuk mengetahui maksud simbol-simbol yang di gunakan dalam peta.
(c) Perhatikan arah mata angin utara untuk menentukan arah sesuatu ciri atau tempat.
(d) Perhatikan skala yang digunakan untuk mengira jarak.
(e) Kaji ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya dari segi taburannya.
(f) Kaji saling kaitan antara aspek fizikal dengan aspek budaya


Ciri-ciri fizikal


Beberapa contoh ciri-ciri fizikal.



Ciri-ciri budaya di Kg. Aman









Jenis-jenis pola petempatan


Pekan Gelogor







You're listening to:


Designer / Mira Muhayat
Icons / Fonts.com